Tuesday 13 March 2012

Sejarah

 

Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek.  ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh”.  Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.  Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen-komponen berikut  :

 

·         Penghantar    – mencipta maklumat yang akan dihantar.

·         Bahantara      - maklumat akan dihantar melaluinya.

·         Penerima        - menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan.

Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.



Gambarajah sistem telekomunikasi mudah

Komunikasi berasal daripada perkataan ‘pemproses data’ dan telekomunikasi.  Secara umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian telefon, mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik.  Komunikasi data atau juga dikenali sebagai telepemproses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti perkakasan yang boleh ‘bercakap’ antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian komunikasi.