Sunday 20 May 2012

komunikasi data





Pengenalan 
  • Komunikasi ~ pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol, petunjuk @ kelakuan yg sama. 
  • Komunikasi juga bermaksud berkongsi maklumat sama ada secara setempat  (local) @ jauh (remot). 
  • Komunikasi setempat ~ muka-ke-muka  
  • Komunikasi jauh ~ melalui jarak yang jauh  
  • Data ~ nombor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta mentah sebelum diproses. 
  • Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary information units (bits)  
  • Maklumat ~ dalam bentuk data, suara, imej, aksara dan kod yang telah diproses dalam bentuk yang boleh digunakan dan difahami oleh penerima. 
  • Kod ~ sebarang mesej yg boleh dibaca dan mempunyai maksud dan difahami oleh pengguna akhir (sama ada mesin atau manusia). 








Definisi Komunikasi Data 
  • Komunikasi data ~ pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti (dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon. 
  • Rangkaian komunikasi data ~ terdiri drpd semua komputer dan peranti yg diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain.
  • Telekomunikasi ~ pertukaran maklumat melalui jarak tertentu dgn menggunakan perkakasan elektronik utk penghantaran, e.g. telefon, telegraf, tv. 


Ciri-ciri Penting Keberkesanan  Komunikasi Data 


  • Penyerahan (delivery) – Data mesti dihantar ke destinasi yg betul dan diterima oleh peranti atau pengguna yg betul sahaja. 
  • Kejituan (accuracy)  – Sistem mestilah menyerahkan data secara jitu.  Data yg telah diubah atau rosak semasa penghantaran dan tidak diperbaiki tidak dapat digunakan. 
  • Menepati masa (timeliness)  – Sistem mestilah menyerahkan data mengikut masa yg telah ditetapkan. Data yg diserahkan lewat tidak berguna. 


Komponen Komunikasi Data 
  • Mesej – maklumat atau data utk berkomunikasi. 
  • Pengirim – peranti yg menghantar mesej. 
  • Penerima – peranti yg menerima mesej. 
  • Media – laluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima. 
  • Protokol – set peraturan yang meliputi komunikasi data.  

Protokol 
  • Set peraturan yang merangkumi penyelarasan perhubungan dalam komunikasi data. 
  • Ia mewakili persetujuan antara peranti yg berkomunikasi  
  • Persetujuan ini termasuklah:- 
             – Jenis data (kod, bahasa, format, saiz, dll.)
             – Jenis media (kabel sepaksi, pasangan terpiuh, gentian optik, gelombang)
             – Kelajuan penghantaran  
  • Protokol ialah bagaimana data (bit) boleh ditukarkan antara 2 peranti. 


Aplikasi Komunikasi Data 
  • Pemasaran & jualan  
  • Perkhidmatan bank 
  • Perkilangan / Pengeluaran  
  • Mesej elektronik  
  • Perkhidmatan direktori & perkhidmatan maklumat  
  • Electronic data interchange (EDI) 
  • Teleconferencing 
  • Cellular telephones 
  • Electronic commerce (e-commerce)  


Rangkaian Komputer 
  • Rangkaian  ~ set peranti (dikenali sbg nod) yg dihubungkan oleh pautan (link) media utk membentuk laluan data di mana maklumat boleh dikongsi. 
  • Nod ~ komputer, pencetak atau peranti yg boleh menghantara dan menerima data yg dikeluarkan oleh nod lain dalam rangkaian. 
  •  Pautan (link) ~ di kenali juga sbg saluran komunikasi, merupakan hubungan fizikal antara 2 nod.  
  • Saluran (path) ~ saluran di mana data bergerak 







No comments:

Post a Comment